Assalammualaikum wbk kepada semua pembaca. Alhamdulillah, ESQ telah menjadikan banyak hati kembali kepada Allah. Biarpun ada sesetengah pihak mungkin beranggapan ia mahal, ia tak perlu bagi individu yang memang sudah ada kesedaran dan macam-macam lagi, namun bagi saya ESQ adalah ruang untuk mengukuhkan iman masing-masing. Belum tentu seseorang yang hebat pengetahuan agamanya, benar-benar mencintai Allah kerana pengetahuan sahaja tanpa hati yang tulus ikhlas mencintai Allah, hanya akan melahirkan manusia yang 'beribadah' kerana perlu terlihat baik dan berakhlak mulia di kalangan manusia sejajar dengan jawatan yang dipegang, atau ketrampilan yang ditunjukkan. Namun, secara hakikatnya, bukan itu yang diperlukan. Masih ramai bijak pandai yang hebat pengetahuannya, petah bicaranya, di pandang tinggi oleh masyarakat namun kurang jelas dengan matlamat melaksanakan kerja serta tujuan hidup masing-masing. Malah bimbingan untuk isteri dan anak-anak juga seringkali sahaja terabai dan sangat mengelirukan serta tidak mengikut sunnah. ESQ 165, jika dihadiri dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah, untuk menjadi hamba Allah yang mendapat redha-Nya, Insya Allah akan membuahkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan rasa insaf kerana kita akan sedar bahawa kita sering gagal meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.
Itulah yang saya rasakan. Setelah ESQ Basic dan MCB, tiada gentar dan mengalah dalam usaha menegakkan amanah Allah dan fisabillillah. Semoga Allah sentiasa meningkatkan rasa cinta ini dari hari ke hari. Memang benar, ia sangat sukar kerana masih ramai orang di sekeliling kita yang tidak faham. Semakin dalam perasaan untuk menegakkan hak Allah, semakin banyak pula rintangan yang diterima. Namun, bila perjuangan Rasulullah dan para sahabat jadi panduan dan rujukan, hati yang terguris, hilang pedihnya kerana dugaan yang kita terima hanyalah sekadar tempias debu jika dibandingkan dengan kepayahan Rasulullah S.A.W menyebarkan Islam. Allah menjadi motivasi tertinggi dan Asmaul Husna Allah menjadi penghibur hati.
Bagi semua yang belum pernah menghadiri ESQ 165 atau para alumni yang telah menghadiri ESQ 165 tapi kurang merasakan impaknya, pastikan sebelum anda hadir ke ESQ, atau datang untuk 'recharged', bulatkan tekad, datang ke ESQ 165 untuk dapat merasai cinta Allah, rahmat Allah dan berniat untuk bertaubat nasuha. Dengan izin Allah, pasti, hati kita akan menjadi cair dan lembut.
Setelah tamat latihan ESQ, teruskan dengan usaha meletakkan objektif yang jelas, sasaran anda dalam usaha mendekatkan diri pada Allah, apa yang hendak dinyahkan terus daripada kehidupan kita dan apa pula yang hendak dilaksanakan terus dalam kehidupan kita secara konsisten. Tulis dan bacalah setiap hari. Semak samada kita, telah dapat melakukannya atau tidak. Jika tidak, bagaimana untuk memastikannya dapat dilakukan.
Sebagai contoh: Selepas tamat kursus ESQ 165 pada bulan Januari 2009, saya bertekad pada akhir Disember 2009 saya mesti membaca sekurang-kurangnya 24 buah buku yang dapat memantapkan kefahaman dan cinta saya pada Allah. Alhamdulillah, setakat September sahaja saya telah membaca lebih 30 buah buku yang banyak membantu saya memperbaiki diri saya.
Saya turut mensasarkan beberapa ibadah yang ingin saya laksanakan secara konsisten. Memang ia agak sukar. Namun ia tidak mustahil. Bila hati kuat untuk berubah, hal-hal yang sukar juga boleh didisiplinkan. Disiplin itu hadir kerana cinta yang kian bercambah dan menyubur pada Allah dan Rasulullah.
Sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang. Hanya perasaan indah dan rindu yang amat sangat pada Allah dan Rasulullah yang dapat dinyatakan. Tangisan rindu dan cinta benar-benar memberi kebahagiaan dan bebas dari dunia yang penuh tipu daya.
Tiada satu haripun yang tidak ditangisi kerana kebodohan dan kelemahan diri.
Ini adalah sekadar satu perkongsian perasaan sebelum dan selepas ESQ. Terasa sangat bodoh dan hinanya saya di hadapan Allah. ESQ dan usaha-usaha kembali ke jalan Allah selepas ESQ 165, menjadikan saya hamba Allah yang lebih sedar diri dan malu pada Allah.
Semoga kita semua diberi Rahmat Allah dan seluruh umat Nabi Muhammad terselamat daripada siksaan kubur dan api neraka. Salam silturrahim. Wassalam.

- Wan Norashekin Wan Ismail ESQ EXECUTIVE JB ANGKATAN 13
DEWAN MERDEKA, KG. MELAYU MAJIDI, JB