SUBANG JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin penyertaan pegawai kanan polis dalam program ESQ Way 165 mampu melahirkan pegawai yang mempunyai komitmen penuh untuk menjaga keselamatan awam.
Menurutnya, latihan kecerdasan emosi dan spiritual yang disertai itu dilihat berupaya melengkapkan pegawai dan anggota PDRM sahaja dari segi fizikal dan modal insan tetapi spiritual yang amat diperlukan ketika menjalankan tugas.
Menurutnya, program ESQ adalah satu latihan yang baik kerana modul-modul yang digunakan dalam program ini adalah selaras dengan rancangan PDRM untuk memperkasa anggotanya.
“Program ini melengkapkan spiritual yang amat diperlukan oleh anggota ketika menjalankan tugas dan saya yakin dengan adanya penyertaan mereka dalam ESQ, anggota kita akan lebih komited dan berintegriti ketika bertugas,” katanya.
Selain itu, beliau turut menjelaskan program ESQ kali ini disertai oleh kesemua Pengarah PDRM negeri serta timbalan-timbalan mereka bertujuan menimba ilmu bersama-sama.
“Dengan penyertaan pegawai tinggi kita ke dalam ESQ, maka ilmu yang mereka dapat boleh diberi kepada pegawai-pegawai bawahan mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bermula selama tiga hari dan berakhir semalam, seramai 120 pegawai kanan polis termasuk Musa dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar menyertai kursus ESQ yang berlangsung di sebuah hotel di :sini.
Tidak ketinggalan Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Perundangan, Datuk Abdul Razak Musa.
Turut hadir, Alumni ESQ antaranya Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Sebelum ini pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pegawai SPRM menyertai kursus tiga hari itu.
Sehingga kini hampir 2,500 syarikat dan agensi kerajaan negara ini telah menggunakan pendekatan ESQ bagi menggerakkan agenda dan misi syarikat ketika melaksanakan tugas dan menjalani kehidupan sehingga nilai-nilai murni yang ada dalam jiwa dikeluarkan menjadi realiti.
Sebelum ini pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Komanden Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyertai kursus tiga hari itu.
Sementara itu, Abu Kassim pula menyifatkan program ESQ amat berfaedah dalam proses pemulihan yang diperlukan anggota SPRM selepas beberapa insiden sebelum ini.
“Kekuatan spiritual yang lebih amat diperlukan oleh pegawai SPRM ketika berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan ketika bertugas,” katanya.
Pada kali ini, program ESQ telah menggunakan tema 'Together We Transform’ sesuai dengan proses perubahan sikap dan membina semula keyakinan diri dalam setiap anggota mereka melalui model pembentukan karakter.
Pengasasnya, Dr Ary Ginanjar Agustian menjelaskan, ESQ merupakan cara untuk membantu dan mengembangkan modal insan di kalangan rakyat Malaysia ke arah menjayakan kempen 1Malaysia.

0 comments:
Post a Comment